Sunday 23 September 2012

magik dengan magnet

jom tengok video ni kawan-kawan...:-)

tengok dia buat magik dengan magnet tu....

teka silang kata


cubelah ye kawan-kawan....:-)

magnet berlari

hai kawan-kawan...
ni ada game lagi.....
magnet berlari
selamat mencuba.....:-)

permainan

cikgu ada sikit permainan untuk kawan-kawan...permainan magnet
klik pada permainan magnet tu..lepas tu..mainlah...
ok..bye:-)

Monday 17 September 2012

kegunaan magnet

hai kawan-kawan...
bertemu lagi dengan cikgu...
ok..yang lepas cikgu dah cakap tentang bahan magnetik dan bahan bukan magnetik..
jadi kali ini cikgu akan bincangkan mengenai kegunaan magnet ini...

antara objek yang menggunakan magnet
kawan-kawan pernah lihat tak barang di atas ini??
sudah tentu pernah bukan...
ok..barang di atas ini menggunakan magnet supaya ia berfungsi...
bekas pensel angry bird menggunakan magnet untuk menutup kotak pensil tersebut dan sama juga dengan peti ais...terdapat magnet si pintu peti ais tersebut...
dan mainan pancing ikan juga menggunakan magnet untuk membuatkan mainan itu berfungsi...
kegunaan lain magnet
ok lah kawan-kawan...disini sahaja..semoga kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang...:-)


bahan yang magnet tarik

hai kawan-kawan...
bejumpa lagi dengan cikgu....
ok..kalau yang lepas cikgu cakap bagaimana nak jaga magnet.
kali ni cikgu nak cakap pasal bahan yang magnet ni tarik...

paku tekan

sudu besi

paku besi
objek-objek diatas ini ialah objek yang boleh magnet tarik dan objek ini tertarik kepada magnet..
apa nama bahan untuk objek ini ye kawan-kawan???
bahan ini dipanggil bahan magnetik...
bahan magnetik adalah bahan yang berasal dari besi atau nikel...

pemadam

cawan kaca

pembaris plastik
ok..objek diatas ini tidak ditarik oleh magnet..jadi bahan ini dipanggil bahan bukan magnetik...
bahan bukan magnetik ini asal dari plastik, kaca dan getah...
ok lah kawan-kawan...semoga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang..:-)

Sunday 16 September 2012

menjaga magnet

hai kawan-kawan...sihat??
bagaimana kawan-kawan menjaga kesihatan?
mesti dengan mandi, gosok gigi dan sentiasa bersenam..kan??
ok..begitu juga dengan magnet..ia juga perlulah dijaga...
apa tujuan kita menjaga magnet ini??

tujuannya ialah supaya magnet ini tidak hilang kuasanya..
kuasa untuk menarik objek....

apa yang perlu dilakukan untuk menjaga magnet ini?
adakah dengan memandikan dan memberi makan seperti kita menjaga kucing??
bukan...cara nak menjaga magnet ini ialah...

  • jangan ketuk magnet ini..tak kesah lah ketuk guna apa..janji jangan ketuk
  • jangan hempas megnet ini...hempasan akan membuatkan magnet patah
  • simpan magnet dengan betul iaitu simpan di dalam kotak yang khas supaya tidak rosak
ok lah kawan-kawan..itu sahaja untuk kali ini..semoga berjumpa lagi....:-)

magnet tarik dan magnet tolak

hai..berjumpa lagi di dalam syoknya Sains......
ok..hari tu cikgu dah terangkan pasal apa itu magnet kan??
kali ini cigu akan terangkan tentang megnet tarik da megnet tolak..
apa pulak tarik dan tolak ni??
magnet tarik dan megnet tolak
dari gambar di atas, apa yang dapat dilihat ialah magnet itu menarik dan megnet itu menolak antara satu sama lain...
nampak tak warna pada megnet tersebut???
warna yang berbeza akan menarik antara satu sama lain dan warna yang sama akan menolak antara satu sama lain..
apakah warna pada magnet ini?
warna ini melambangkan kutub magnet ini..magnet yang sama kutub akan menolak antara satu sama lain manakala megnet yang berlainan kutub akan menarik antara satu sama lain.
ok kawan-kawan...itu sahaja untuk kali ini..somoga berjumpa di lain waktu..:-)

Friday 14 September 2012

syoknya magnet....

Magnet
kawan-kawan tahu tak ape ini???
mesti dah penah jumpe kan..sape tak kenal besi berani....
kenape namanya besi berani ye??
ok...nama dia besi berani sebab dia berani..berani untuk menarik besi...
haha..ok..secara saintifiknya besi berani ini dipanggil magnet...
magnet adalah besi yang boleh menghasilkan medan magnet. 
tetapi medan megnet ini adalah invisible kate orang putih atau tak dapat dilihat...
ok lah...tu je dulu...nati lah cite lebih lagi pasal magnet ni....ok....bye3.....:-)

Monday 10 September 2012

assalamualaikum....

hai....
hari ni nak wat sesi pengenalan je la ye...
nama diberi Arizal Haffidz...
kawan-kawan boleh panggil cikgu arizal je ye....
ok lah..tu je...thank...
nak lebih2..
tunggu enty lain...bye :-)
hehe......:-p